Pelancaran semula Elite by Dashing
Jejaka moden menumpukan perhatian penuh kepada kekasih dan rambut mereka. Percaya atau tidak, lelaki kini mengambil serius perihal penjagaan dan penggayaan rambut. Mengapa? Selain kasut dan pakaian kemas yang membaluti tubuh, rambut adalah kayu ukur utama terhadap penampilan seorang lelaki.
Cara si jejaka menggaya dan mengemaskan rambut mereka mempengaruhi perlambangan karakter dalaman. Tidak kira sama ada anda seorang pelajar ataupun pekerja bidang profesional, stail rambut mesti dijaga supaya keyakinan diri dapat diserlahkan.
Peralihan cita rasa dan trend penggayaan rambut dalam kalangan kaum Adam mendorong pasaran produk rambut untuk berkembang pantas. Justeru bagi memenuhi permintaan tinggi golongan lelaki terhadap produk ini, ELITE by Dashing sepakat untuk melancarkan semula rangkaian produk penggayaan rambutnya.
Pengurus Kanan Produk bagi Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Jade Young menjelaskan, barisan produk ELITE by Dashing diformulasi istimewa bagi memberi ketahanan berpanjangan kepada gaya rambut pilihan setiap individu. Kelebihan itu sekali gus membolehkan para jejaka tampil dalam pelbagai gaya rambut mengikut acara-acara tertentu. Tambahnya, gaya rambut yang hebat tidak hanya menciptakan penampilan menarik si jejaka malah menyerlahkan keyakinan dalaman.
Di samping memberi pulangan gaya yang macho dan kacak, rangkaian produk ELITE by Dashing juga diperkaya dengan nutrien phyto iaitu antara unsur SEPICAP yang terbukti bagi melindungi rambut daripada sinaran ultraungu (UV), bendasing dan menguatkan rambut agar ia kekal sihat.
Pada majlis pelancaran produk itu juga, pendandan dan penggaya rambut selebriti, Bambang Soteto sempat berkongsi tip-tip menarik berkenaan penjagaan dan penggayaan rambut buat golongan lelaki. Sambil menunjukkan demonstrasi menghasilkan stail rambut yang berbeza-beza, Bambang memberitahu bahawa lelaki zaman ini lebih mengambil berat tentang bahan yang digunakan dalam produk rambut yang digunakan. Katanya, produk rambut yang baik perlu mengimbangi ciri versaliti gaya dan penjagaan kesihatan rambut.
Busana penuh model-model yang terlibat pada majlis tempoh hari ditaja oleh Tomaz Shoes.
ELITE by Dashing kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara dalam pek saiz mesra pengguna bermula pada harga RM3.50 hingga RM9.80.
Rangkaian produk ELITE by Dashing adalah seperti berikut:
1) Gel Rambut ELITE Wet Defining
Bentuk gaya rambut dengan efek kebasahan klasik. Gel rambut ini menguatkan rambut, tidak melekit, mudah dibilas dan bebas alkohol.
Boleh diperoleh pada saiz : 100g (RM5.50), 125g (RM6), 150g (RM8.20) dan 250g (RM9.30)
2) Gel Rambut ELITE Xxtra
Control
Ia melindungi rambut daripada sinaran ultraungu dan bendasing selain menguatkan rambut, tidak melekit, mudah dibilas dan bebas alkohol.
Boleh diperoleh pada saiz: 50g (RM 3.50), 75g (RM4.10) 100g (RM5.50), 125g (RM6), 150g (RM8.20) dan 250g (RM9.30)
3) Gel Rambut ELITE Icy
Xtreme
Gel ini memberi kebebasan kepada lelaki untuk menggayakan rambut cacak (spiky) dengan cara menarik-narikkan rambut ke atas atau memintal halus hujung rambut ke arah atas.
Boleh diperoleh pada saiz: 150g (RM9.80)
4) Krim Rambut ELITE Sleek
& Shine
Dapatkan rambut dengan kilatan semula jadi sepanjang hari. Gaya rambut ini sesuai untuk ditampilkan saat ke pejabat. Biarpun asas produk ini ialah minyak, kelebihannya adalah ia tidak begitu berminyak dan tidak mengundang rasa tidak selesa kepada si pemakai.
Boleh diperoleh pada saiz: 75g (RM4.10), 125g (RM6.30), 150g (RM7) dan 250g (RM9.30)














+BW.jpg)

Ulasan
Catat Ulasan