Crocs untuk Ayah!




15 Jun depan kita akan menyambut Hari Bapa sedunia. Bagi mereka yang masih bingung memikirkan hadiah apa yang wajar diberikan kepada hero keluarga masing-masing, apa kata anda memilih kasut atau sandal daripada Crocs. Barangan seperti minyak wangi, jam tangan atau tali leher sudah klise untuk dijadikan pemberian. Sepatu atau sandal sebenarnya jauh lebih bernilai dari segi fungsional dan apresiasi si penerima iaitu bapa anda.



Sama ada kasut, flip flop, sandal separuh bertutup (clog) atau sandal jenis kasual mahupun lasak (sporty), kesemua rekaan Crocs kali ini mampu memberi keselesaan dan gaya menarik kepada sang ayah. Penggunaan bahan berinovasi seperti Croslite untuk koleksi Flat Crocs sememangnya menjamin kelancaran langkah si pemakai sepanjang hari.



Anda boleh memilih daripada variasi sepatu kasual atau lasak. Gabungan elemen kasut sarung (boat shoes) dan sandal bagi membentuk sandal separuh bertutup menerusi Beach Line Clog membolehkan ia disarungkan untuk kegunaan di darat mahupun air. Bapa ranggi yang tidak gentar bermain warna pula pasti menggemari rona merah jambu pada flip flop Chawaii Flip, sempurna dengan musim panas ketika ini.

Beach Line Clog

Chawaii Flip

Paduan dua bahan inovasi Croslite diterapkan pada kasut sarung Men's Beach Line Boat Slip-on turut diliputi tekstil bergaya di bahagian atasnya. Melengkapi seleksi sepatu lasak Crocs kali ini ialah Stretch Sole Lace-Up Men yang direka lebih besar berbanding kasut bertapak lembut (sneaker) biasa untuk keselesaan optimum.

Men's Beach Line Boat Slip-on

Stretch Sole Lace-Up Men

Kesemua pilihan ini boleh didapati di semua butik Crocs di seluruh negara.



Harga: Beach Line Clog (RM249), Chawaii Flip (RM89), Men's Beach Line Boat Slip-on (RM309) dan Stretch Sole Lace-Up Men (RM329)



Ulasan

Catatan Popular